Khamis, 22 Mac 2012

PERINDU SEPI



Aku terasing dalam sepi
biarpun sepi dalam ramai
namun ku tetap jua merasa
kesorangan..

Dan saat engkau tiada disisi..
menjadikan aku seorang perindu
bayang wajah sentiasa mengisi
dalam ruang sepi yang sunyi..

Mendatangkan rindu hati
bagai dalam mimpi-mimpi
yang kosong tiada arti
amat menyetuh sanubari

Ku ingin detik pantas berlari
menanti malam yang datang
menanti si pungguk berdendang
menitip syair rindu untukmu

Semuga kau mendengar
suara sepi seorang perindu
melalui siulan si pungguk
berlagu rindu...mewakili hatiku
untukmu...

Seindag Janji
22/3/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan