Jumaat, 2 Mac 2012

Berkubur seluruh rasa



Tika angin malam menyapa hari
seluruh danau berombak tenang
burung puyuh mendakap dingin
camar melebar sayap malam
menyanyi lagu rindu

Unggas berterbangan di kota
mencari destinasi kehilangan
meratapi nasib diri di tabir malam
menanti kejernihan kegelapan
dalam menghirup nafas murni
semakin payah ditemui lagi

Angin malam semakin hilang diri
berarak jauh ke hujung hari
tinggallah debu debu desah
mendakap seluruh daerah
berkubur seluruh rasa

Cheyy....My.
02.mac.2012@
2025 hrs.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan