Isnin, 2 Januari 2012

AKU DAN KAMU


Aku dan kamu
sama tapi tak serupa
aku adalah aku 
dan kamu adalah kamu

biarpun perbezaan ujud
dianatara aku dan kamu
yang penting aku punya hati
dan perasaan seperti kamu


punya impian dan harapan
ingin menyayangi dan disayangi
dimengerti atau difahami..
diterima seadanya aku..


aku jua punya hasrat jiwa
ingin melakar ceria meniti bahagia
diberkati dan diredhai ilahi
sama seperti yang kamu ingini...

Seindah Janji
2/1/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan