Memaparkan catatan dengan label Nurman Ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurman Ismail. Papar semua catatan
Ahad, 20 Januari 2013
manik-manik rindu
membilang manik rindu
antara hari-hari yang keliru
jenuh jiwa diterpa ragu
cinta bukan lagi milikku
sebuah rasa yang dibawa
dari jalanan masa lalu
terlontar tiba persimpangan
hancur tibanya di perhentian
manik-manik rindu
yang berjuntaian
antara siang yang beku
dan malam-malam kelabu
menyingkap rona luka bermusim
menyentap manis pahit perasaan
manik-manik rindu
tersangkut antara bulan dan awan
entah siapa empunya
entah singgah di mana
hingga pada akhirnya
rasa yang meronta dalam jiwa
menggelupur dalam dada
akan terbasuh pada hujungnya
dengan siraman redha
dengan titisan insaf
manik-manik rindu
biar bergantungan di situ
hinggalah tiba waktu
akan singgah di hatimu..
(nurman ismail@muar@200113@07:57mlm)
Sabtu, 12 Januari 2013
katamu
katamu sepi itu bertamu lagi
membungkam hatimu
merindukan riuh canda yang dulu
saat yang telah berlalu
kataku sepi itu mencambah rindu
menilai erti jujur dan luhur
setia masih mengakar di jiwa
biar sahaja sunyi kemari
katamu rindu itu menderamu
menggenangkan mata membasah jiwa
kenangan menitis beriring gerimis
hatimu selalu menangis
kataku rindu ini membelai
menghantar pada hati kuntuman bunga
yang mekar dalam kenang dan ingat
katamu tentang rindu
bicaraku juga tentang rindu
hati dan jiwa kita saling malu
mengakui tentang hakikat
bahawa sayang itu mengikat
walau tanpa ucap
walau tanpa ungkap
sesekali dalam sepi dan rindu
dengarkan pada hati dan jiwa
kita saling merasakan
makna yang tertulis
dalam suci kisah kasih...
(nurman ismail@muar@130113@01:23am)
Jumaat, 11 Januari 2013
larut
saat ini aku memaknakan sepi
ketika dinihari melarutkan kenanganku
membasahkan ingatan pada masa laluku
bersama denganmu dalam kasih
bercanda denganmu dalam cinta
bertemu denganmu dalam rindu
bergelora samudera rasa
lautan jiwa tidak lagi tenang
bayu menggulungkan ombak
alunnya menggoncangkan resah bermusim
akhirnya yang indah
tamat tanpa sudah
rasa itu larut di hujungnya
manis berganti hambar
kasih menginjak hambar
larut segalanya dihakis masa
parut membekas pada setiap luka
pedih peritnya masih terasa
embun dinihari yang menitis
membasuh debu dedaun
selamanya tidak mampu
membasuh luka bertahun
dinihari melarutkan kenangan
membasahkan ingatan
juga mendarahkan semula luka
dinihari yang larut
luka masih berparut...
(nurman ismail@muar@10012013)
Selasa, 8 Januari 2013
terasing
sesekali diri akan terasa terasing
dalam jenuh ligat dunia berpusing
dalam riuh bingit di sekeliling
terasa seperti insan asing
tiada yang ingin berpaling
perlukah dihitung pada minit yang berdenting
perlukah disoalkan pada bias yang melenting
atau lolong ngeri yang melengking
sesekali terasa terasing
diri terpana merenung erti sejati
pada tiap jiwa dan hati
yang dikira akan mengerti
atau sekadarnya memahami
terbatas tanpa lagi berani
hanya simpati yang terikat tali
sesekali biarkan terasing
biar sunyi sekeliling
hati belum jadi puing-puing
yakin belum terpelanting
daun jujur masih teguh di ranting
sesekali biar terasing
untuk lebih mengenali
yang sejati di samping...
Khamis, 27 Disember 2012
MENGENANGMU
Saat kutermangu di sudut sepi
wajahmu terbayang mengisi ruang hati
kubuka album fotomu kembali mengingati
menyingkap saat manis tika disisi..
Betapa indah saat kuterkenang
tika dirimu masih berada dipangkuan
seolah tidak akan terpisah
selamanya bersama meniti masa..
Namun aku tak pernah gusar
jauh sekali untuk kumenyesal
kebahagiaanmu sentiasa kuingini
kerana engkaulah permata dambaan hati..
Kemana saja kaupergi
jangan mudah lupakan diri
sentiasa mengenang dari mana bermula
tentu dirimu tidak mudah melupa..
Aku di sini mengiringi doa
dalam kesepian waktu nan berlalu
engkau sentiasa di hatiku
mengisi ruang-ruang sepi hatiku
mengenangmu amat membahagiakan jiwaku...
Syidah Ida
28/12/2012
wajahmu terbayang mengisi ruang hati
kubuka album fotomu kembali mengingati
menyingkap saat manis tika disisi..
Betapa indah saat kuterkenang
tika dirimu masih berada dipangkuan
seolah tidak akan terpisah
selamanya bersama meniti masa..
Namun aku tak pernah gusar
jauh sekali untuk kumenyesal
kebahagiaanmu sentiasa kuingini
kerana engkaulah permata dambaan hati..
Kemana saja kaupergi
jangan mudah lupakan diri
sentiasa mengenang dari mana bermula
tentu dirimu tidak mudah melupa..
Aku di sini mengiringi doa
dalam kesepian waktu nan berlalu
engkau sentiasa di hatiku
mengisi ruang-ruang sepi hatiku
mengenangmu amat membahagiakan jiwaku...
Syidah Ida
28/12/2012
Isnin, 22 Oktober 2012
KEKASIH
Kekasih..
saat kau izinkan aku..yang terpilih..
menjadi juragan bahtera kasih..
telah kuangkatkan sauh harapan..
dari lautan kesal masa lalu..
saat kau izinkan aku..yang terpilih..
menjadi juragan bahtera kasih..
telah kuangkatkan sauh harapan..
dari lautan kesal masa lalu..
Kukembangkan layar harapan..
dalam deru bayu setia..
membawa bahtera ini..
merempuh gelora duga yang menghempas..
Kukejapkan kemudi iman..
kukuatkan tali keyakinan..
bahawa akan selamat pelayaran ini..
dan kita labuhkan sauh cinta..
Di pelabuhan rindu yang menunggu..
bersamamu selama ini..
badai menghempas..menjadi ombak rindu..
membelai ketika dan waktu yang berlalu..
Tanpa pernah jemu..
di pelabuhan rindu denganmu..
semadilah tugu kukuh..
hayat kasih kau dan aku.....
.....(nurman ismail)
membelai ketika dan waktu yang berlalu..
Tanpa pernah jemu..
di pelabuhan rindu denganmu..
semadilah tugu kukuh..
hayat kasih kau dan aku.....
.....(nurman ismail)
Langgan:
Catatan (Atom)



