Kukembangkan layar harapan..
dalam deru bayu setia..
membawa bahtera ini..
merempuh gelora duga yang menghempas..
Kukejapkan kemudi iman..
kukuatkan tali keyakinan..
bahawa akan selamat pelayaran ini..
dan kita labuhkan sauh cinta..
Di pelabuhan rindu yang menunggu..
bersamamu selama ini..
badai menghempas..menjadi ombak rindu..
membelai ketika dan waktu yang berlalu..
Tanpa pernah jemu..
di pelabuhan rindu denganmu..
semadilah tugu kukuh..
hayat kasih kau dan aku.....
.....(nurman ismail)
membelai ketika dan waktu yang berlalu..
Tanpa pernah jemu..
di pelabuhan rindu denganmu..
semadilah tugu kukuh..
hayat kasih kau dan aku.....
.....(nurman ismail)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan