Rabu, 31 Oktober 2012

DERAS HUJAN


Deras hujan membasahi bumi..
kilat memancar,guroh berdentum
seolah membelah langit malam..

wahai Tuhan...lindungilah kami...
dari bahaya jua bencana..
dari yang terang dan nyata
mahu pun yang tersembunyi..

Sesungguhnya hanya Engkau
yang Maha mengetahui...
segala yang berada di langit
dan juga di bumi....Amin.......

Syidah Ida..
7;44pm-31/10/2012
Rabu.....

SENJA



Senja bertandang lagi
menjemput kesayuan hati
akan sentiasa berulang meniti
hari demi hari yang kulalui..

Kerna waktu tak pernah berjnji
hari ini kita bisa bersua di senja ini
adakah esok suatu janji yang pasti..?
bahawa aku bisa bersamamu lagi..

Akankah hadir lagi senja menjengah hati
menghiruf udara sepi di sudut sanubari
atau..menantianku berakhir di sini..
merelakan hati di jemput pergi..

Syidah Ida
31/10/2012

MAAFKAN AKU





Maafkanlah aku teman..
andai aku bersalah padamu
kerna aku hanya insan biasa
tak terlepas dari dosa dan alpa..

Dalam meniti waktu berlalu
terkadang hati sering keliru
tanpa kusedari,tersasar dalam bicara
dalam kejujuran terkadang tersalah arti

Andai masa bisa kuputar semula
tidak akan kuulangi hal yang sama
namun hanya Tuhan yang tahu
segala apa jua yang terjadi,
Dia yang lebih mengetahui..

Aku hanyalah aku...

Syidah Ida
31/10/2012

RENUNGAN RENUNGLAH

Cintailah seseorang itu
kerana imannya..
kerana kesucian hatinya
kerana keluhuran pekertinya
kerana kasihnya kepada orang tua

Bukan kerana harta
dan bukan kerana eloknya rupa..
kerana harta dan rupa hanya pnjaman
sementara.....

Syidah Ida
31/10/2012

Selasa, 30 Oktober 2012

KENANGAN TIDAK AKAN HAPUS




Selagi kita mampu berjalan kehadapan
pasti kita redha akan detik yang kita tinggalkan
selagi kita bisa meniti detik-detik masa mendatang
selama itu kenang-kenangan pasti mengekori kita

Selama mana Allah membenarkan kita bernafas
akan ada peristiwa manis yang terlakar dalam jiwa
sebagai kenang-kenangan bagi menemani
dan menyusuli kehidupan dalam peristiwa
yang sentiasa bertukar ganti

Di antara suka dan duka ,
dan di antara manisnya pertemuan
dan pahit getirnya sebuah perpisahan..
akan menjadi memori yang akan kita tinggalkan..

Namun usah kaukesal dan gusar di hati...
akan ketentuan yang sudah tersurat..
kerana setiap kemanisan dan kepahitan
adalah lumrah kehidupan pada setiap insan......
dalam melayari kehidupan.....

Syidah Ida
3i/10/2012

Isnin, 29 Oktober 2012

KENANGAN TERINDAH




Hari ini memberi seribu arti
arti yang indah di hatiku
tak mungkin pernah kulupa
meski esok hanya tinggal kenangan..

Setiap yang tercipta
tidak kan mudah hapus
akan sentiasa abadi di hati..
kekal selamanya sebagai ingatan..

Selagi jantung masih berdetak..
selama melodi hati ini
masih bisa membisik rasa
meluah bicara kepada yang kasih..

Akan terpahat segala kisah
yang telah kita lakarkan
pada sebuah lembaran kenangan
sebagai kenangan terindah
untuk aku dan kamu.....

Syidah Ida
30/10/2012

KENANGAN



ditugu ingatan terhimpun kenangan
terkubur sepi pada bilah hari
dalam pilu merintih duka lara
indahnya impian hanyalah mimpi

dinihari ini kenangan menjengah
hati diamuk dendam tak sudah
pada secebis cerita terpalit resah
seindah kenangan sejauh melangkah

tafakur sepi dijalan sunyi
dalam reda diri menyerahi
sebuah kenangan takdir menyusuri
mendamaikan hati biar terlukai

edinhh29102012brickfieldkl.
Edin Hud Hud

MENTARI YANG MENYINARI BUMI


Mentari yang menyinari bumi
meresapkan bahagia di laman sanubari
walau terkadang sinarnya dilitupi mendung
bumi sugul seketika ,
maka reduplah alam semesta..

Namun itu bukan satu penghalang bagi kita
untuk selalu berdoa dan bersyukur
agar kedamaian berpaksi di jiwa

Manakala bahagia terus terpahat
menjana harapan dan impian
yang paling bermakna..
bagi meniti hari-hari yang mendatang...


Syidah Ida
3o/10/2012
salasa;9;00am

SAYANG SEMAKIN MENYATA



Sayang"
kini cinta bukan nya hayalan lagi
Atau hanya lamunan mimpi yang tak mungkin terjadi
Tapi realiti,antara kita mengunjung pasti
Lantaran hati makin tertambat kini

Keindahan makin terserlah di wajah terlukis indah
Hari hari yang kita lalui kini banyak mengundang bahagia
Kau nyatakan keikhlasan cinta tanpak diriak mata
Terukir jua sumpah setia,ikatan janji seia sekata

Kasih dipupuk sayang kita bajakan kebahagiaan
Merimbun pepohon asmara di bibir kemesraan
Hati mula terbelai tiada kekosongan mahu pun keresahan
Lantaran kasih kita padukan sayang kita tingkatakan

Malam malam yang sunyi kini kita terangkan
Bualan cinta membuka kata bualan kita
Renggang kini makin rapat terasa diolahan jiwa
Aliran kasihmu mula membait rasa tusukan di jiwa

Alam maya adalah Kini menjadi aliran laluan kasih kita
Berentraksi bersama jauh bukan alasan nya
Terpadu kasih sayang makin menyata
Bagaikan pautan kukuh benting cinta mula terbina

Hanya kini masa penentu segala yang kita cipta
Apa jua rintangan janji kita hadapi bersama
Biar ombak ribut taufan jua melanda
Namun cinta kasih dan sayang kita tetap abadikan jua

ABY ~ r@

KEBAHAGIAAN



Kebahagiaan tidak akan ujud
tanpa ada keredhaan,
tanpa ada rasa kesyukuran
dan tanpa keikhlasan dari hati terdalam..

Kerana kepalsuan yang berupa kepura-puraan
tidak akan menlahirkan kebahagiaan..
hanya merosakkan hati mengundang
rasa tidak senang..

Hapuskanlah segala perasangka
tanpa dendam di hatimu..
jauhkan dari kebencian ,
ikhlas menerima teguran

Insyaallah...pasti bahagia akan
datang tanpa kita undang....
Syidah Ida
29/10/2012

Ahad, 28 Oktober 2012

SALING MERINDU



Mengapa harus dikesalkan
pada sebuah perpisahan
sedang kamu tahu..
akan ada hikmah di sebalik yang berlaku..

Mungkin di sebalik perpisahan
kita kenal apa itu arti rindu..
di sebalik perpisahan..
kukenali betapa dalamnya kasihku padamu..

Di sebalik perpisahan..
kupelajari arti kerinduan nan mendalam..
di saat kurasa pedihnya rindu,
kasih semakin padu..

Mengertilah duhai sayang...
aku tak akan bisa melupakanmu..
meskipun perpisahan itu..
membuat hatimu dan hatiku
semakin diburu rindu....

Syidah Ida
28/10/2012

Sabtu, 27 Oktober 2012

BILA HATI SUNYI



Bila hati sunyi dan sepi
hati sering meronta..
perasaan mula bergelora

teringat sidia yang jauh dari mata..

Namun apa diungkit tentang sepi
apa diresah tentang rindu
pada gelora jiwa nan menjengah tiba..
biarkan saja ia begitu...

Kerana itu semua adalah anugerah
untuk setiap manusia...
menghargai dan menilai
betapa sepi itu indah,kerana di dalamnya
ada aku dan kamu...

Dan di dalam sepi
aku menghargai tiap pertemuan
menyedari bahawa bernialainya kamu
buat diriku..dan mengertilah
bahawa aku sayang kamu....

Syidah Ida..
28/10/2012

DOA KUMALAM INI


Ya Allah...
Dalam kesepian malam..
Kubersujud dan berserah kepadaMu
Semuga Engkau berikan damai jiwa ini
Dalam meniti liku kehidupan
yang terbatas..

KeampunanMu kupinta jua,
KeridhaanMu kupohon..
Di sepanjang titian hidup ini
PetunjukMu selamanya harapkan...

Berilah Hidayah dan perlindunganMu
Berkatilah tiap detak jantung dan nafas ini..
Rahmatilah aku dalam hidup
jua sesudah aku bertemu denganMu kelak..

Ya Allah..
jadikan aku insan yang selalu mengingatiMu
Insan yang mengingati tentang kebesaranMu
Tentang adanya kehidupan sesudah mati..
Tentang adanya balasan tiap dosa-dosa..

Ya Allah..
Tiada daya upaya diri ini
Melainkan Engkau jua ya ALlah..
Golongkanlah aku dari orang-orang
yang Engkau berikan petunjuk..

Kasihilah aku ya Allah
Begitu jua ibu dan bapaku
Dan sahabat-sahabatku sekalian..ya Allah....
Amin..ya Rabbalalamin......

Syidah Ida
28/10/2012

Jumaat, 26 Oktober 2012

BISIKAN BERMAKNA



Sayang...
bisiklah kata-kata hikmah padaku
tentang kasih sayangmu yang tulus
tentang betapa rindu hatimu padaku
tentang rasa kasihmu buatku..

Bisikanlah segala yang ada di hatimu
agar kulebih mengerti berapa dalam cintamu
yang tercipta indah hanya untuku
aku ingin mendengarnya sendiri dari bibirmu..

Bisikan penuh bermakna dari bibirmu
bukan dari lakaran puisi yang tidak kumengerti
atau jelmaan madah-madah terindah
nan tak bisa kuterjemah..

Nyatakan terus dari hati nan tulus suci..
sebelum aku berlalu dan pergi..
katakanlah..! sebenar-benarnya isi hatimu
bisiklah segala niat yang terukir di hatimu..

Meski yang tersemat di hatimu adalah kebencian..
aku rela,mendengar bisikan yang tulus
bukan kasih yang berupa kepalsuan 
agar aku mengerti dengan lebih jelas..

Sekadar coretan
Syidah Ida
26/10/2012

Rabu, 24 Oktober 2012

PENGORBANAN

Pengurbanan yang tulus terpahat di hati
tidak akan terpadam dari jiwa
biarlah jasat hancur berderai..
namun sebuah pengurbanan
tidak akan terhapus selamanya..

Apalah arti sebuah bahagia
andai tidak disusuli dengan pengurbanan
apalah makna kata-kata setia
andai tidak sanggup untuk buktikan..

Kerana pengurbanan yang tulus
akan selamanya diingati..
menjadi kenangan terindah
sepanjang perjalanan kehidupan..

Syidah Ida
24/10/2012











Selasa, 23 Oktober 2012

YA ALLAH INI DOAKU




Ya Allah...
Dalam sujudku
aku mengadap dan mengharap kepadaMu
ampuni segala dosa-dosaku..

Ampuni dosa ibu dan bapaku
sahabat dan saudara-saudaraku..
berkatilah,dan rahmatilah kami semua..

Lindungilah kami,dan semua insan
yang kami sayang dan cintai...
jagailah kami dan mereka..

Jauhilah kami dari perkara-perkara
yang tidak kami ingini..
dari keburukan yang nyata
mahu pun yang ghaib...

Amin ya Allah.. Amin ya Rabbalalamin...

Syidah Ida
23,10,2012



Hanya DIA





Aku hanya mampu berdoa
dengan segunung harapan dan pinta
kerna kutahu hanya Tuhan yang mampu
dan mengerti rintih hati ini

Dalam setiap rasa di jiwa...
saat tiada siapa yang sudi mendengar
keluh kesah dan getar
yang terlakar di jiwa nan hambar

Hanya kepada Tuhan kuserahkan
kerna hanya Dia
yang tak pernah jauh
tinggalkan kusendirian....

Memori Kasih
12/10/2012

Isnin, 22 Oktober 2012

MADAHKU

Warnailah kehidupan yang bahagia
dengan warna-warna yang indah..
Ghilap selalu agar tidak pudar dek debuan masa..
Jagai apa yang telah kita raih bersamanya..
kerana abaila kita kehilangan baru kita menyedari

betapa bernilainya sebuah kebahagiaan...

Syidah Ida
23/10/2012

KEKASIH

Kekasih..
saat kau izinkan aku..yang terpilih..
menjadi juragan bahtera kasih..
telah kuangkatkan sauh harapan..
dari lautan kesal masa lalu..

Kukembangkan layar harapan..
dalam deru bayu setia..
membawa bahtera ini..
merempuh gelora duga yang menghempas..

Kukejapkan kemudi iman..
kukuatkan tali keyakinan..
bahawa akan selamat pelayaran ini..
dan kita labuhkan sauh cinta..

Di pelabuhan rindu yang menunggu..
bersamamu selama ini..
badai menghempas..menjadi ombak rindu..
membelai ketika dan waktu yang berlalu..

Tanpa pernah jemu..
di pelabuhan rindu denganmu..
semadilah tugu kukuh..
hayat kasih kau dan aku.....
.....(nurman ismail)

MENCIPTA BAHAGIA

Di saat aku termangu sendiri..
menyepi di sudut kamar usang..
bertemankan lagu-lagu menghiburkan
bersama suara dj nan merdu berkumandang..

Berjenaka riang,membuat aku tersenyum seorang..
lenyap segala kedukaan hati,saat resah bertandang..
yang meruntun lara sekian lama di sanubari..
merinduimu,dalam rintih dan pedih di jiwa ini..

Di sudut  sunyi inilah kurangkai bicara buatmu
meluah segala rasa nan bergenang di kalbu
membujuk jiwa agar tidak lagi tersiksa
menahan segala rasa duka nan berkaca..

Kadangkala..kusebut namamu berulang kali..
dalam doa bersama linagan air mata syahdu
menluah segala rasa kapada yang Maha tahu
agar terluah bebanan nan menyiksaku...

Aku tidak marah padamu sayang..
tidak sesekali kuberjauh hati seditik jua
malah aku selalu mendoa buatmu..
semuga kamu sentiasa di berkati olehNya..
dalam mencipta bahagia,..
terlalu banyak ujian melanda..

Syidah Ida
Rabu;23/10/2012
9;45 am






SENYUMLAH


MENDUNG BERARAK CERAH MENYAPA




sayang,
Bagai ada ungkapan di dalam diam
Riak diair jenih nampak pula alaunan rasa merupa

Namun nak dibaca tanpa ayat tertera tak jumpa punca
Tapi hati tertanya,dirasa ada nampak tiada

Begitulah alunan cinta meredah jiwa
Terbuka nya hijab hati tanpa dipaksa
Lahir nya iklas terlakar dimata
Menyembunyikan kata tak terluah jua

Bagaikan tertutup tapi terbuka
Penuh terisi melimpah tiada
Berat rasa tak terpikul pula
Seolah dibahu beban nya terasa

Luka mula berparut rata
Dibalut sayang pengubat jiwa
Tercipta ceria diwajah senyum mula ternyata
Bahagia nya hati indah melaut rasa

Kasih mu bagai titisan embun melakar pagi
Indah bersinar pantulan cahaya mentari
Sejuk terasa bagaikan kabus menjamah diri
Mekar berbunga di taman indah berseri seri

Langit mendung cerah mula menyapa
Biruan langit unggas makin bersiul bahasa
Sayang mencair umpama salji di kutub utara
Bersama mengundang bahagia semakain nyata

Ini lah hari hari yang kita jalani
Bersama maya tak pernah lekang metautkan mimpi
Kau abadikan kata terukir janji kita abadi
Bertatahkan sayang nilai keluhuran cinta penuh berarti

Didasar nyata harapan kita cipta
Jangan terlupa cinta kita paduan seia sekata
Jadikan ingatan jikalau merenggang raka terbentuk rasa
Cinta tak akan hilang hingga keakhir usia

ABY ~ r@


SENJA SEPI



Hadir lagi senja sepi..
dalam kedamaian rasa
tanpa hiba dan gundah
hanya redha pada yang Esa..

Bayu senja seolah mendakap hati
meresapkan kesyukuran..
menatap warna-warna jingga
di dada langit yang suram..

Kuhela nafas penuh tenang
menghayati syahdu suara azan..
memuji kebesaran Tuhan..
memanggil ummah menuju keredhaan..

Senja sepi mengundang diri
pada sebuah keinsafan
hati dan perasaan...
penuhkan jiwa resapkan iman..
menanti malam melambai datang...

Syidah Ida
22/10/2012

Ahad, 21 Oktober 2012

KEKAL BAHAGIA




Selamat pagi sayang..
semuga hari yang indah ini
bisa membuat kalian bahagia
seperti semalam yang berlalu..

Hari ini kita jelang hari mendatang
bersama selembar harapan..
yang tak pernah lekang dari jiwa
akan sentiasa mengukir hasrat...

Setiap hari yang menjelang tiba..
menghadirkan bersama cahaya
pada hati dan jiwa tanpa bara terpendam
hanya kesyukuran menerbitkan bahagia..

Tanpa duka nestapa...
yang terkadang merosak hati dan rasa
meraut kedamaian jiwa nan tercipta
biarlah kekal bahagia selama hayat masih ada..

S/IDA
22/10/2012

MALAM





Malam...
merantai hati dalam kesepian..
ketika suaramu menyepi tak kudengar..
bisakah kulagukan lagu damai jiwa ,
sedang sepi merajai hati dan fikiran..

Bisakah malam menemaniku..
sedang fikiran diamok badai gelora...
bisakah kuraih damai malam,
ketika hati merintih kerinduan...

Hanya kamu yang mengerti..
betapa hati ini merinduimu,
dan hanya kamu kuharap..
menemani kusaat malam
tidak lagi terasa indah.......

S/IDA
21/10/2012

RESAH MENYAPA





Duhai malam...
andai aku bisa bicara denganmu
pasti terluah segala buntu jiwaku
namun bagaimana harus kunyatakan...
Sedang aku malu pada rambulan..

Duhai malam...
kuharap sepimu memberiku damai
menemani hati ini kala rindu menjengah
melenyapkan segala lara yang menyapa..

Kuharap malam menghadirkan cahaya..
yang menerangi hati dan jiwa..
mendamaikan hati yang melara hiba...
dipeluk resah gelisah nan meraja...

S/IDA
21/10/2012

MASA LALU

Kadang-kadang masa lalu membuat hati terseksa
memendam duka yang tak kunjung padam..
lupakanlah segala yang merosak fikiran tanpa dendam
yang mengundang rawan ke dalam jiwa....

Hadapi masa mendatang dengan lapang dada
tanpa menyimpan bara di hati...
jadikan masa lalu sebagai pedoman juga panduan..
demi hari mendatang yang lebih indah dan membahagiakan...

S/IDA
21/10/2012

Sabtu, 20 Oktober 2012

MENDUNG




Mendung yang bergayut di dada langit
tidak akan menjadi penghalang
untuk kugapai indahnya harapan
janji semalam kental dalam genggaman..

Menjadi pendorong yang kuat
walau sehebat mana badai melanda hati
namun segala paduan janji termatri
terpasak teguh ke dasar jiwa,
tidak akan goyah..

Dan demi kasih dan sayang ini..
biarlah mendung bisa mencairkan sendu
melarutkan perasangka nista durjana
lalu menghadirkan sinar seindah suria..

S/IDA
21/10/2012

SEPI ITU INDAH

Sayang itu jalinan dua hati..
rindu adalah titian jiwa..
manakala sepi adalah ruang terindah
untuk kaudan aku saling mengingati...

Syidah Ida.
20/10/2012

Jumaat, 19 Oktober 2012

ENGKAU KUSAYANG



Engkau yang kupanggil sayang
ingin kuukirkan bicara indah buatmu
sebagai mengenag bagaimana dalamnya
rasa kasih di dalam jiwa,nan terukir sekian lama

Dan tidak pernah padam dari hati
betapa pengalaman buat kita semakin mengerti
pada keluhuran sekeping hati seorang aku
yang tidak pernah menjauh kasih darimu..

Ingin kukenang selalu kisah indah itu di hati..
membajai kasih tidak kan pernah layu
membingkaikan janji-janji manis waktu dulu
menyemai pohon setia berbunga indah di hati..
tidak akan pernah pudar bersama waktu...

Engkau yang kupanggil sayang...
hadirkan selalu rindu ke dalam jiwamu
memupuk rasa yang mendalam tidak kan terbuang
sebuah manisnya cinta dan sebuah pertemuan
akan abadi selamanya di jiwa...

S/IDA
20/10/2012

DI SEBALIK BICARA





Di sebalik bicara indahmu
telah kuabadikan dalam jiwa
meski terkadang ada serpihan dusta
dalam manisnya bicara kata berbunga..

Jangan ditaburi sebarang nista
tatkala kauungkapkan bicara indah
jangan diukirkan manisnya madah
jika di hati ada sesuatu yang tersirat
di sebalik yang tersurat...

Jijurlah pada diri..
jangan pernah menguji kuluhuran hati ini
kerana segala yang tersirat dihatimu
telah kubaca dan kuperhalusi niatmu..

S/IDA
19/10/2012

Khamis, 18 Oktober 2012

SENJA MENYAPA



Sayang...
senja ini menyapa sayu hati
mengundang segala rasa

menyemai pedih pilu di jiwa
menitipkan rindu pada yang kasih

Masihkah ada lagi ingatanmu
demi seseoarng aku di hatimu
masihkah ada secebis sayangmu
meski seucap doa buatku...

Bagai senja yang mampir
segenap jiwa bagai terpinggir
mengharap kasih yang dulu hadir
kini terbuang bagai dedaun kering,

Saat senja menyapa hiba..
rindu berbunga..kasihmu kudamba
hadirlah,biar sekelumit cuma..
akulah senja,menanti malam melambai tiba..

S/IDA
18/10/2012

KATAKAN TIDAK !!



Bertandang lagi hariku yang sepi..
menggamit kembali memori semalam
mengenang kembali jejak-jejak kasih
yang telah lama ku tinggalkan....

Adakah mungkin kumengulangi kisah dulu?
kisah sepi sebuah perjalanan..
kisah sebuah kecewa yang meruntun jiwa
membuat hati ini tidak lagi bermaya...

Mungkinkah.. kubiarkan jiwa ini ?
terus larut dalam kesepian waktu
yang merejam hati dan fikiran..
sahingga tidak daya kumengukir indah
di masa-masa yang mendatang....

Tidak..! biarlah berlalu sebuah luka
tak rela lagi diri ini terbiar dalam peritnya duka
mengharap esok mengukir kembali bahagia
menelan segala derita sengsara..

Kembalikan damai bahagia
yang kudamba....selamanya...

Syidah Ida
17/10/2012

BAWALAH RINDUKU PERGI



Hujan di sore ini
menyejuk jiwa yang merindu
selebat hujan berguguran

sehebat badai membelah awan

Padamu,ingin kuukirkan madah
ingin kucurah rahsia di hati
merengan bebanan hati
dijentik sendu yang menyarat

Ingin kuluah keresahan ini
lewat bayu yang berbisik
ingin kutitipkan rindu ini
pada awanan berarak kelam.,

Duhai bayu,bawalah rindu ini pergi
lalu jatuh berguguran...
hilang bersama hujan..

Syidah Ida
17,10,20,12

SERINGKALI



Seringkali..aku berfantasi..
mencari kedamaian dalam diri
yang sering dilanda gundah menerpa nurani
hadir tanpa diundang membeku dalam kebisuan

Menerjang dalam diam tanpa kuingini dan sedari
mencari sebuah sejati dalam titian kehidupan
yang kian hilang dalam genggaman..

Seringkali..aku lari dari sebuah riality
meneroka ke alam fantasi, di saat jiwa kelu dan buntu..
mencari sesuatu yang tak bisa kugapai
di alam penuh nyata...

Seringkali..kukhabarkan pada diri
dan bertanya pada hati,kenapa dan mengapa..?
hati sering meronta,sedang segalanya adalah hikmah,
lalu..kutemukan jawapan itu di hatiku...

Syidah Ida
18/10/2012

DAMAI

Kedamaian tidak mudah tuk dimiliki
andai tiada keikhlasan dihati
meski beribu batu engkau berlari
tidak akan bisa kaudapati...

Kerana kedamaian itu
letaknya di hati..

Selasa, 16 Oktober 2012

KENANGAN



Sayang..
di saat malam bertandang
aku dilamun sepi seorang
aku teringat dikau saat ini
merinduimu apabila malam kian sepi..

Saat inilah aku teringat kisah kita
kisah lalu yang terlakar dijiwa
hati dipaut sengsara,merinduimu
yang kian jauh tidak kutahu di mana

Maafkan aku sayang..
bukan niat kumelukai hatimu dulu
bukan aku tak cinta padamu ketika itu
jauh di sudut hatiku,hanya kaukasihku

Kauyang membuat kubahagia
kaulah yang aku cinta..
kita bahagia saat bersama memadu janji
cinta kita mekar berbunga,
seolah tiada akan terpisah selamanya..

Apakan daya sudah suratan menjelma
jodoh tiada..namun aku redha...

S/IDA
16/10/2012

Sabtu, 13 Oktober 2012

BISAKAH?





Bisakah, kurangkai bicara buatmu..?
di saat hati tidak karuan..
Bisakah kuukir senyuman..?
ketika hati membeku dan bisu..

Bisakah, ?
kulakarkan madah terindah buatmu..
sedang jemariku kelesuan..
namun demi kasih dan rindu ini
kurangkai selembar bicara buatmu

Semuga dengan itu..
bisa mencair segala buntu yang membeku..
segala resah yang memburu..
berlalu episot duka nan bergenang di kalbu...

Lantas, bisa meraut sendu,
meraih kembali bahagiaku yang dulu..
namun ,seribu tanya menghujani hati..
bisakah..???

Syidah Ida
13/10/2012

Jumaat, 12 Oktober 2012

SINAR KASIH



Sayang...Saat yang paling indah
Ketika kaumemimpin tanganku
Bersama membait kata-kata rindu

Hanya kaudan aku berdua....

Tenggelam dalam gelora rasa
Di hatiku engkau terindah
Tidak pernah kurasakan jemu
Berdua denganmu terpancar kebahagiaan..
dalam keriangan...

Sayang..engkau umpama rambulan di hatiku
Menyinari di malam-malam sepiku
Memancarkan kedamaian
Membangkitkan rindu di kalbu

Cahayamu tak pernah padam
Apabila rambualan berlalu
Mentari menghadirkan cahaya..
Menerangi jiwa ini tidak kira masa..
Sinar kasihmu, selamanya kudamba,sayang..

Syidah Ida
13/10/2012

Khamis, 11 Oktober 2012

R I N D U



Sayang..
telah lama kuhimpun rindu ini
bekurun lama kupendam di hati
acap kali kaukurindu, pedih memburu

meronta aku dalam getir rindu..

bisakah kaurasai
bisakah kumengerti
bisakah kaumendengar
jerit rintih suara nan bergetar..

Meski masa pantas beredar, tanpa sedar
rindu ini tak akan pudar...
tapi semakin mekar..

S/IDA
5/10/2012

Isnin, 8 Oktober 2012

HARAPAN MENJELMA





Hadir lagi pagi nan indah
tiada lagi gundah menerjah
Senyum tertera menghiasi wajah
Semerbak harum mawar nan indah

Kuselusuri tiap detik pagi
Bersama iringan doa pada Ilahi
Agar tiap perjalan hari demi hari
Indah berseri tanpa sangsi lagi..

Sehampar harapan kupinta jua
Semuga esok mendatang penuh ceria
Meski bukan janji yang pasti
Tidak salah rasanya,jika aku meminta

Bersama redha yang Maha Esa
Bahagia akan selalu menyapa
Seindah mentari kemilau bercahaya
Membawa seribu harapan menjelma

CORETAN RASA
Syidah Ida..

Ahad, 7 Oktober 2012

BERKATALAH

Berkatalah,
dengan kata-kata yang benar..
tanpa pendustaan
jika sekadar tidak mahu melihat dia terluka

Berkata dengan jujur
bukankah lebih mudah
dari berpura-pura..
meski kebenaran itu pahit..

Namun dengan berkata benar
segala kesulitan akan segera berakhir
dari sebuah pendustaan
yang tiada berkesudahan..

ULUNG
2,10,2012

KASIH IBU



Kasih ibu membawa ke syurga
kasih sayangnya tidak akan pudar
meski kamu telah dewasa..

kerna kasihnya yang begitu suci..

Kasihilah ibu...
kerana ibu mengasihimu
sewaktu kamu dalam kandungan
seorang ibu rela mati untukmu..

Tidak terhingga pengorbanan ibu
menjagamu dengan penuh belaian
tanpa peduli dirinya terabai...
kerna kasihnya yang murni dan sejati..

S/IDA
7/10/2012

JIKA ENGKAU MENCINTAIKU

Jika engkau mencintaiku..
kekalkan cinta itu di hatimu
jangan ada pendustaan
tatkala bibir mengungkap rasa

Jangan pula,di hati ada dusta...
memutarkan lidah,bermain dengan kata-kata
cinta bukan barang mainan
ia suci anugerah dari Pencpta alam..

Ikhlaskan dalam hatimu
andai benar cintamu hanya untuku..
usah ada pendua di hatimu
yang bakal mengundang jemu...
 
Syidah Ida
7/10/2012

DOAKU





Oh Tuhanku...
Di malam sesepi ini
Aku bersujud dan berteleku padaMu
Jadikan malam ini terindah bagiku

Yang memberikan tenang..
Bagi mengingatiMu
Untuk kubersyukur kepadaMu
Kerana Engkau telah memberi kubanyak waktu

Mengharungi suka duka hidup
di alam ciptaanMu
Namun tidak banyak yang kuperbuat
Untuk membalas kebaikanMu

Tidak banyak yang dapat kupersembahkan
untuk kubawa pulang menemuiMu nanti
Namun terima kasih Tuhan..
Kerana Engkau masih beri kupeluang lagi..

Ampunilah segala dosa-dosaku
Selama dalam hidupku
Sehingga sesudah matiku..
Dan ampunilah jua insan-insan yang kusayang

Lindungilah mereka semua
Selama kuhidup dan selepas matiku kelak
Semuga tenang dan damai jiwaku ini ..
Di setiap detik yang kulewati......

Syidah Ida
29/9/2012

JANGAN ADA RINDU





Jangan kaurindui aku
kerana aku bukan milikmu
rinduilah dia yang merinduimu
tetapi bukan aku..

Kerana aku bukan siapa-siapa bagimu
antara kita cinta telah berlalu
jangan kausimpan kenangan dalu
cinta antara kita telah terkubur..

Maafkan aku
jika bingkisan hati ini mengundang resah,
lepaskan sengala rasa yang pernah ada
berjalan turus kehadapan,
tanpa mengenang masa silam..

Bukan aku membencimu
tiada niat tuk melukakan hatimu
apalah arti sebuah perhubungan
tanpa ada sempadan yang nyata...

Lupakan aku selamanya dari hatimu
jangan ada rindu di sudut kalbu...


S/IDA
7/10/2012

DICNTAI OLEH INSAN YANG KITA CINTAI

Dicintai oleh insan yang kita cintai
adalah terindah dalam kehidupan..
setiap insan perlukan ketulusan
dalam menjalin cinta...

Kejujuran menjadi perkara utama

pendustaan harus kita jauhkan
agar cinta sentiasa harum dan mekar
tanpa ada keraguan yang terpendam..

Sesungguhnya cinta itu suci
anugerah terindah dari Pemilik cinta..

S/IDA
7/10/2012

MENGENALIMU


Mengenalimu..
aku mengenali arti ketulusan
apa itu arti kerinduan
dan apa arti keikhlasan...


Mengenalimu..
adalah suatu keindahan..
mewarnai hatiku yang kelam
terbit rasa kasih dan sayang
dalam jalinan persahabatan..


Betapa indahnya saat kumengenalimu
akan kusemat dalam hatiku
tidak akan terpadam selamanya..
selama hayat dikandung badan...


Syidah Ida
7/10/2012

Sabtu, 6 Oktober 2012

KALA HATI DILAMUN RINDU





Kala hati dilamun rindu, padamu
sering kuterbayang wajahmu
meski ingin kulupakan..
mana mungkin bisa kulupa dirimu..

Engkau kesayanganku
belahan jiwaku..
biar seperit mana rindu ini
untukmu akan kuharungi jua..

Biar badai gelora, membadai seluruh raga
demi kasih sayang nan utuh sejati
tidak akan lebur dek bahang membara
kasih tidak kan pudar dari hati..

Kerinduan ini adalah ujian buatku
menambah teguh ikatan hati
pada bayu kutitipkan kerinduan ini
agar kaulebih mengerti..
kala hati dilamun rindu...


Syidah Ida
7/10/2012

Jumaat, 5 Oktober 2012

MASA





Masa berganti masa
masa yang berlalu, tidak akan berulang
terus akan menjadi kenangan
yang tidak kunjung padam..

Biarpun terkadang,
kenangan itu terlalu pahit
hanya masa yang akan menentukan
biar ianya kekal sebagai sejarah
di dalam kehidupan....

Namun, kenangan terindah bersamamu
akan kusemadikan dalam kotak memori
kukuncikan dengan rasa keikhlasan
kuselitkan bersama haruman kasturi..

Agar kekal selamanya..
sehingga masa itu berhenti berdetak
dan tiada lagi masa yang berputar
untuk kuterokai...

Syidah Ida
6/10/2012