Rabu, 6 Februari 2013

DIKIR RINDU

Oleh ABDULLAH AWANG

Tuhan,
tiada semanisnya rinduku
ketika berada pada musim menuai
memandang luasnya alam
malam bulan terang mengambang
dingin udaraMU menyegarkan badan.
Tuhan,
terbit di hati sanubari
terselit kasihku
segar menyelinap ke segenap jagat
dan tidak mahu berenggan walau sesaat.
Tuhan,
hati ini terus berdikir
sepanjang zaman dan dalam detik minit
seperti laut yang berombak
bergelombang dan kembali tenang.
Tuhan,
aku rinduMU
rindu serindu-rindunya
hingga lemas aku dalam pelukanMU
tenggelam di dalam sedu berpanjangan
nikmat aku tanpa batas merasainya
aku musnah terkapai dalam kabus makrifat
Tuhan,
aku hilang suara untuk berbicara
aku hilang bahasa untuk berkata-kata
aku hilang langkah untuk mendekatiMU
aku hilang segala di dalam koftohMU.

Ahad, 3 Februari 2013

MENJALIN KASIH


Aku masih di sini untukmu
tak pernah jemu menunggu
biarpun kasihmu kian menjauh
tapi hati kumasih setia untukmu..

Kasihmu bagai dedaun nan kering
terbiar melayang ditiup angin
jika dulu merimbun kehijauan
waktu memudarkan segala impian..

Tapi aku masih setia,
tidak berubah biar badai melanda
masih utuh rasa kasih cinta di jiwa
hingga keakhir kupertahankan jua..

Aku masih mengharap,
kasih dan sayang kembali bertunas
menyesali kealpaan yang dulu
menjalinkan kembali kasih yang beku..

Dengan ketulusan hati,
bersama harapan dan impian
mengisi ruang yang kian menyepi
menjalin kasih kembali di hati...

Syidah Ida
4/2/2013

KUREDHA ANDAI INI TAKDIR




Aku telah memutuskan,
untuk tidak mengharap dan menanti
tidak mungkin aku bertanya lagi
tidak akan kupaksa dirimu kembali..

Kerna telah kumengerti,
kaubegitu membenci diri ini
begitu hina diriku dipandangan matamu
tanpa sepatah kata kaupergi dariku..

Tiada pesanan terakhir
dan tidak mungkin kembali hadir
aku redha andai itu yang kauingin
pergilah, aku redha andai ini takdir...

Jangan pula aku dipersalahkan
semoga kubisa segera melupakan
bukan bermaksud aku membenci
jauh sekali untuku berkecil hati..

Semoga Tuhan akan menunjukkan
pada sebuah kebahagiaan sebenar
menuju keinsafan yang hakiki
untukmu dan aku bersama tempuhi..

Sekadar Tulisan Tanpa Makna

Syidah Ida..
3/2/2013

SEMUSIM BERLALU

Sayang..
semusim telah berlalu
aku mengenali dirimu
tak terasanya waktu
hati saling merindu..

Kasih mula terasa
dalam hati berkata
kau kusayang dan cinta
bila masa berganti masa..

Biarpun musim berlalu
tak pernah kurasa jemu
mengasih dirimu itu
amat terindah bagiku..

Biar musim berganti
kian indah kurasai
hadir dirimu di hati ini
mewarnai laman sanubari
indah hiasan nurani..

Tulip Rimba
3/2/2013

Sabtu, 2 Februari 2013

segalanya rasa


atas nama seluhur cinta
cintailah aku seadanya
dengan nama sejujur cinta
ajarkan aku setia bercinta
sesaat cinta berputik mesra
mekarnya rasa dikelopak
cinta kita

manisnya alunan rindumu
dan rinduku memujamu
dihalaman rindu berlagu
tika rindu kita bersatu
rahsia rindumu nan indah
dirimbun cintamu setianya
rindu kita

sedetik sayangmu hadir
secalit sayangku berputik
sepenuhnya hatimu bicara
aku sayang padamu
selamanya tiada terhenti
aku menyayangimu itulah
sayang kita

dikasihku yang satu
jika engkau kekasihku
dikasihku yang menyapa
cintailah aku kekasihmu
indahnya memori kasih ini
mekarnya kasih tersulam
kasih kita...

edinhh27012013cheraskl.

merawat luka


biarkan sahaja gelap malam ini
merawat segala luka hati
yang tercalar dek tajam duri
yang terguris dek
bisa gerigis
dari sepanjang jalan silam
bertaburan kesal dan dendam

biarkan sahaja sepi malam ini
memadamkan wajah-wajah muram
yang terlukis pada kanvas kenangan
dengan warna-warna muram
relakan sahaja terpadam dan tenggelam
dalam sunyi yang diam

biarkan sahaja hening malam ini
melagukan soneta paling pilu
senikata gerhana sebuah cinta
yang tidak kesampaian
tunaskan jitu keinsafan
pada semua kekurangan

biarkan sahaja syahdu malam ini
mengukir rasa syukur yang luhur
pada setiap nikmat yang menyimbah
pada setiap rahmat yang melimpah
rahsia dan hikmah
rentetan semua dukacita

biarkan sahaja malam membelai
dalam tenang dan damai
sesukar manapun kehidupan
sepayah manapun perjalanan
langkah harus diteruskan
dalam yakin harapan
dengan tegap keimanan..

(nurman ismail@muar@020213@10:14mlm)

Jumaat, 1 Februari 2013

TIKA RINDU MENYELINAP DALAM DIAM





Sayang..
tika rindu menyelinap dalam diam
dalam sepi nan merejam
tak mampu untuk kumenahan
resah nan menyarat diperasaan..

Ingin kumenitipkan kata rindu
pada bayu merdu nan menderu
menyampai hasrat yang membuku
melenyap resah di kalbuku..

tatkala ombak membisik mesra
di hamparan lautan luas saujana mata
kulayarkan bisikan rasa bergelora
mengalunkan bersama rasa cinta..

Dengarlah kasih..
tika hati ini berbisik
hanya kamu yang mampu
memberikan kata syahdu
pada jiwa yang kian membeku..

Syidah Ida
2/2/2013