Isnin, 24 Jun 2013

Kutadahkan deru kemaaffan


Kucuma insan dalam keasingan
hadir bergandingan berdendang
mewarna suram percikkan sirna
titipan puisi berbunga lalang cuma
kegilaan kuberpadu minat berhayat
melakar corak berinti kilauan pudar
bukan percikkan sinaran permata
puisiku kelam membuta dijendela

Kutadah deru kemaaffan
tarianku terpasung, dicelah kedaiffan
bicaraku menerawang, bertunas usang
mempasak erti, terhumban keaslian
deruan anginku melebar permintaan
mengaut bernas, kelambaian indah

Berbahasaku, menghilang indah tika
kualpa berbahasa fakirku ilmu jiwa
mengertilah, seorang aku berikhlas
melayari tarian jemari menitip puisi
hadir angin malam mengirim hati
kutadahkan deruan khilaf untuk
kemaaffan.

Moyyu.
24.6.2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan