Rabu, 19 Jun 2013

" BIARLAH "


Biarlah airmata kita mengalir,
menyesali segala dosa.
daripada hanya ketawa ,
tanpa mengira masa.

Biarlah airmata kita mengalir,
ketika bertaubat.
daripada tak sempat ,
kerana terlambat.

Biarlah airmata kita mengalir ,
kerana syukur.
daripada terus terleka,
dalam kufur.

Biarlah airmata kita mengalir,
kerana diberi petunjuk.
daripada tergoda ,
dengan syaitan yang memujuk.

Biarlah airmata kita mengalir,
kerana takut api neraka.
daripada terus menjadi ,
hamba Allah yang durhaka.

Biarlah airmata kita mengalir,
kerana rindukan syurga.
daripada terpesona dengan dunia,
hingga diri tiada harga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan