Rindu ini hanya padamu
ingatan ini tertuju untukmu
tika malam semakin sepi
semakin kuat kerinduan ini..
Ingin kupanggil namamu
biarpun kautak mungkin mendengar
dan kautak mungkin tahu
sehebat mana rindu yang kurasa
Bahkan bulan jua tak mengerti
rindu ini terlalu menyiksa
bintang juga tak mahu mendengar
rindu yang semakin bergetar..
Duhai bayu malam
hembuskan angin rindu ini
duhai gemersik dedaun
bisikkan rindu ini kepadanya...
Biar dia mendengar jeritan hati ini
agar dia mengerti resah yang melanda
bahawa rindu ini hanya untumu
mengertilah, aku amat merinduimu
permata hatiku..
S/IDA-23,4,2013-11;47pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan