Ahad, 14 April 2013



RINDU MILIKKU



Rindu ini berirama sepi
mengikut rentak jiwa
yang selalu merinduimu
apakah engkau tahu ?
bahawa bisikan rindu ini
kuluahkan buatmu..

Sesekali kucuba nyatakan
lewat bayu nan lembut membelai
lewat gemersik dedaun menghijau
lewat pohon nan meliuk longlai

Sesekali kucuba melorek pena
tatkala rindu menyapa
tika sepi merajai jiwa
ingin sesekali kubertanya
apakah kaujua merasa
tentang rindu nan mendera...

Atau rindu ini
hanya mainan rasa
tika sepi memagari diri
hati terpenjara sendiri
rindu memanggil-manggil
tanpa pernah kausedari..

Kubiar semua ini berlalu
tanpa siapapun yang tahu
rindu adalah milikku
mungkin jua milikmu
biar masa berlalu..

S/IDA-14,4,2013-1;20pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan