Isnin, 27 Ogos 2012

USAH TANGISI KEGAGALAN




Sayang...
usah tangisi kegagalan
kerana kegagalan adalah guru
pada sebuah kejayaan..

Bangunlah disaat kau jatuh
kerana jatuh di hari ini
jadikan semangat yang teguh
untukmu kembali bangun esoknya

Percayalah sayang...
hidup ini adalah pentas perjuangan
dimana di atas pentas itulah
kita berusaha menjadi diri kita sebenar

Usah kecewa andai kamu
tak berjaya mendapatkan cintanya
tapi kecewalah andai
kamu gagal mencintai Tuhan..

Selagi jasat masih bernyawa
usah sesekali kita berputus asa
kerana Allah Maha Pengasih
kepadaNya segalanya kita pasrah...

Seindah Janji
7/8/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan