Selasa, 14 Ogos 2012

RINDU DI AIDDILFITRI



Aku amat merinduimu
biar dalam gelap mahupun terang
namun kerinduan ini tak kesampaian

hati merintih dalam diam tak terungkapkan..

Syawal yang bakal menjengah
tak kurasa indahnya tanpa senyummu
tak kurasakan gembira tanpa suaramu
sekian lama hati membeku tanpa kasihmu..

Takbir sawal nenambah sayu hati
bukan bermaksut tidak mensyukuri
nun jauh di sudut hati ini
tersisip segala kerinduan tak terperi

Namun,hanya doa dapat kukirim..
bersama al-fatihah tak pernah putus
titisan mutiara berguguran mengenangmu
dalam indah aidifiri kasih ibu kurindu..


Cetusan Rasaku
Seindah Janji
15/8/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan