Khamis, 30 Ogos 2012

NEGARAKU TANAH AIRKU




Lihatlah negaraku aman dan makmur
Bumi bertuah tahah airku tercinta
Di sini tumpahnya darahku
Disini tertanamnya cita-cita dan cintaku

Di sini jua segala harapan tercipta
Bumi Malaysia tanah bertuah
Negaraku indah dan megah
Negaraku adalah tanah airku..

Jika dulu Negaraku dijajah
Jika dulu rakyatnya penuh derita
Jerit tangis mereka yang kehilangan
Saat tersayang terkorban di medan juang

Tapi kini segalanya berubah
Kemerdekaan ini amat indah juga bermakna
Hasil pengorbanan orang terdahulu
Usah sekali kita lupakan jasa pahlawan
Membela bangsa menuntut keamanan..

Masrilah kita syukuri bersama-sama
Hidup dalam Negara nan aman sentosa
Laungkan semangat kemerdekaan penuh tulus
Kibarkan panji-panji kebanggaan penuh syukur
Bersama doa,semuga Malaysia kekal aman dan makmur...

MERDEKA.!!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!


Coretan Hati
Seindah Janji
30/8/2012

Isnin, 27 Ogos 2012

USAH TANGISI KEGAGALAN




Sayang...
usah tangisi kegagalan
kerana kegagalan adalah guru
pada sebuah kejayaan..

Bangunlah disaat kau jatuh
kerana jatuh di hari ini
jadikan semangat yang teguh
untukmu kembali bangun esoknya

Percayalah sayang...
hidup ini adalah pentas perjuangan
dimana di atas pentas itulah
kita berusaha menjadi diri kita sebenar

Usah kecewa andai kamu
tak berjaya mendapatkan cintanya
tapi kecewalah andai
kamu gagal mencintai Tuhan..

Selagi jasat masih bernyawa
usah sesekali kita berputus asa
kerana Allah Maha Pengasih
kepadaNya segalanya kita pasrah...

Seindah Janji
7/8/2012

Rabu, 15 Ogos 2012

KAU DI HATI



Kuamat menyayangimu kasih..
Kerana tingkahmu yang lembut
Kau pandai mengambil hati

Kau umpama matahari bagiku

Kejujuran dan keikhlasanmu
Menampah dalam kasihku
Sentiasa menghargaiku
Tak kira waktu dan di mana jua

Dalam hatiku hanya kau kudamba
Pada Tuhan selalu kuberdoa
Semuga cinta dan kasih yang terbina
Kekal selamanya biar musim berlalu

cinta tak pernah beku...
Kau di hati..

JIWA USANG

Selasa, 14 Ogos 2012

RINDU DI AIDDILFITRI



Aku amat merinduimu
biar dalam gelap mahupun terang
namun kerinduan ini tak kesampaian

hati merintih dalam diam tak terungkapkan..

Syawal yang bakal menjengah
tak kurasa indahnya tanpa senyummu
tak kurasakan gembira tanpa suaramu
sekian lama hati membeku tanpa kasihmu..

Takbir sawal nenambah sayu hati
bukan bermaksut tidak mensyukuri
nun jauh di sudut hati ini
tersisip segala kerinduan tak terperi

Namun,hanya doa dapat kukirim..
bersama al-fatihah tak pernah putus
titisan mutiara berguguran mengenangmu
dalam indah aidifiri kasih ibu kurindu..


Cetusan Rasaku
Seindah Janji
15/8/2012

TERATAK




Teratak usang itu suatu waktu dulu
pernah menyaksikan kedewasaanku
kini semakin uzur dimamah waktu
warnanya tidak lagi seceria dulu...

Di sanalah kumengenal indahnya mentari
melihat seri warna warni pelangi
awan yang memutih tak pernah jemu
melingkari langit yang sentiasa membiru

di sana kubelajar arti sebuah rindu
dan arti kasih sayang nan sejati
mengenal arti sepi apabila malam bertandang
namun bahagia tetap menjadi teman sejati

Kini hati dipaut gundah
teratak usang tidak lagi megah
beratapkan langit berlampukan mentari
namun kenangan bersamanya utuh di hati.

Seindah Janji
14/8/2012