Sabtu, 26 November 2011

“TAUTAN KASIH”


Deru hati yang meresahkan...
Berbolak balik dalam rindu yang terkurung..
Dalam kamar sayang yang masih terkunci..
Semua ruang rongga hati seperti terikat.

Dengar lah sayang ku..
Berdiri lah dengan utuh hati...
Gapai lah tangan ini sekuat hasrat mu..
Akan ku bawa dikau kechaya kegembiraan.

Sayang...
Telah lama ku simpan rindu ini..
Hanya kini aku datang melangkah..
Untuk medekat mu ..
Izin kan aku melamar ridu mu itu.
Tok sidang melayu

Jumaat, 25 November 2011

*DOA KU DIMAAL HIJRAH*



Ya ilahi....
Sempena maal hijrah ini
Ku pohon keredhaan-MU
Dalam meniti kehidupan
yang berliku....

dengan seribu rahmat dalam keberkatan
dengan penuh ketabahan..
Ku tadah kedua telapak tangan ini
bersimpuh dan bersujud pada-MU....
memohon restu-MU..

Ya ilahi....
Semuga aku tidak tersisih
dari limpahan rahmat-MU dalam mencari sebuah bahagia
Dan jangan biarkan aku menyimpang jauh tersingkir
dari landasan kasih sayang-MU....
SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA
=Seindah Janji-26,11,2011=
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



*CINTA TAK MENGENAL SIAPA*

Khamis, 24 November 2011

RINDU



Apabila hati mula bertanya di mana dia..
Denyutan jantung semakin kencang ..
terasa ..segala....sepinya..
Angin pun tidak mengerti kemana hembusan
yang pasti..dedaun kering gugur kebumi.
berderai mutiara dari bebola mata
yang merenung jauh ke angkasa..
ingatkah dia padaku yang sedang merindu..
adakah dia pun tahu?
Bahawa aku sedang menahan rindu 
dan sebu mengusap kalbu?
Tiada bicara bila hati mula bertanya..
resah mula tiba kepangkuan hati yang lara..
tiada bicara gundah semakin ketara..
sampai bila?.Bila hati semakin kuat bertanya..
Rindu semakin menjadi jadi
dan membawa segala himpunan rasa 
yang menjadikan sebak di dada.
Ya..rindu itu suatu yang membuatkan terasa pilu 
kalau angin pun tiada upaya berhembus
mengikut nada dan hasrat mu..
seagalanya menjadi tidak menentu..
tenggelamlah aku di dalam lautan rindu 
yang ombak nya membuatkan aku hanyut keujung sendu..

LUAHAN RASA

Sayang...
Antara kita ada cinta yang tersirat
Diantara hati ada cinta yang tak terlepas
Oleh bicara kata terpendam diantara hati dan perasaan

Lelah meneka antara nyata dan kesamaran
Jawapan kecundang tiada kepastian
Perlukah kita melakar pedih didalam sedih

Sayang...
Dihujung kalam terhasil coretan tanpa tulisan
Yang hanya terungkai oleh mata hati
pedengarkan pada jiwa......
Agar tiada nista tersembunyi terlakar lagi

Biar terlerai kasih didalam diam
dan sayang mengundang bahagia
yang nyata tiada persenda jiwa

=SEINDAH JANJI=

Rabu, 23 November 2011

CINTA YANG HADIR



Tak pernah terduga
bila akan jatuh cinta
andai gelora membuka dada
lekalah insan memendam rasa
menjadi rindu meruntun kalbu.

Sering kali tak terjangka
cinta hadir kali kedua
tanpa meminta -minta
hadir bagaikan air mengalir
nyaman dingin bak angin mendesir.

Dapatkah diri melawan takdir
biar berlari kehulu kehilir
andai kudrat menghambat rasa
iradat pun berkata -kata
bila kembangnya bagaikan bunga
tiba masanya kan layu jua.
SRI MAWAR