Khamis, 7 November 2013



HARAPAN HATI





Dingin pagi hadir lagi
menyapa penuh keindahan
seindah senyum mentari
indah lagi harapan di hati..

Bunga-bunga mekar mengharum
ditetes embun berguguran
salju bayu membelai rasa ini
mendamai segenap hati nurani..

Kesyukuran kulafaskan jua
kepada Dia Yang Esa
merimbunkan damai di jiwa
restu kasihNya tak lupa kupinta..

Semoga berterusan hendaknya
bahagia jua kedamaian ini
tanpa awan nan kehitaman
tiada badai melanda rasa

hanya cerah sinar suria
sebening sungai mengalir
seindah pelangi yang mampir
begitulah harapan hati...

SyidahIda-8112013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan