Jumaat, 25 Mei 2012

CINTA MEKAR BERBUNGA




Cintamu mekar di hatiku
Mengiasi taman sanubari
Menguntum indah mewangi
Bagai haruman kasturi..

Akan kusirami dengan keiklasan
Kubajai dengan kasih sayang
Kubelai dengan kelembutan
Sepenuh pengertian jua kesetiaan

Kupayungi bersama doa
Moga cinta mekar selamanya
Biar panas hujan melanda
Cinta kuindah harum berbunga


ULUNG SJ
25/5/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan