Ahad, 21 Ogos 2011

CINTA IBARAT AIR

CINTA adalah ibarat air.
Kita sangat memerlukannya di dalam hidup
namun jika ia ibarat air di lautan
ia akan menjadi ombak
yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita,
jika ia ibarat air di kutub utara-selatan
maka ia akan menjadi ketulan ais
yang membekukan kita,
jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang
maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara,
jika ia ibarat air terjun
maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,
jika ia ibarat air tasik
yang tenang membiru maka kita dalam diam
akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.
Maka jenis air manakah yang kita inginkan…
Carilah mata air yang suci lagi murni…
walaupun keluar sedikit demi sedikit
tetapi akan melimpahi perigi
dan menghilangkan kehausan kita
dengan sekali teguk sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan