Khamis, 19 Mei 2011

AWAN KELABU

Awan kelabu
membawa seribu gundah
Aku tahu apa yang terkandung dihatimu
Seperti jua jiwaku..penuh duka lara
Namun tidak dayaku ucap
Awan kelabu
Aku jua sepertimu
Ada ketikanya tidak kuat membendung rasa
Mudah tersentuh dek sapaan bayu
Terkadang gusar pada ejekan sang halilintar
Dan bentakkan guruh membuat kau goyah
Lalu kau pun merintih dalam sendu
Awan kelabu...
Jangan kau tahan sebak yang menyiksa
Luahkan segala yangmembuat hati luka
 Agar  rasa tenang dihatimu
Basahilah bumi dengan air matamu
Jiwamu akan tenang selapas itu
Dan aku juga sepertimu
Akan tenang andai segalanya dapatku luahkan.
Lalu...mentari pun mulai bersinar indah
Maya kembali tersenyum..
Kerana awan kelabu berarak lalu..
sj

Tiada ulasan:

Catat Ulasan