Khamis, 30 Jun 2011

PERPADUAN

Seindah Janji
Perpaduan...
terlalu indah untuk diucapkan
terlalu manis untuk dikenang
apa tah lagi jika diamalkan

perpaduan terlalu mahal harganya
Melalui pengurbanan dari insan terdahulu
Dari itu...hardailah perpaduan ini waahai insan..
demi indahnya kehidupan harmuni masa depan
Agar keamanan terus berpanjangan...

Atas nama perpaduan
Jangan kita pernah berbalah
Atas nama perpaduan...
Jangan lagi kita berpecah belah


Pupukkan semangat cintakan kaamanan sejagat
Barulah aman hidup sepakat membawa berkat
SEINDAH JANJI..KELANG
9 minit yang lalu · · 20

MENCARI CINTA ABADI



Wahai tuhan…
Berilah aku pertunjukmu..ia itu petunjuk jalan yang benar
Petunjauk yang telah kau beri pada insan yang terdahulau sebelumku
Wahai tuhan..
Aku sedar kini bahawa aku terlalu leka dengan keindahan duniawi
Sehingga aku terpaling darimu..semuga aku belum terlewat
Untuk sebuah keinsafan..menuju jalan mu
Oh tuhan..
Aku percaya dengan rahmatmu yang begitu luas tak terhingga
Aku insan yang masih mencari..akan aku tempohi segala ujian
Untuk sebuah keredhaan..
Tuhanku…
Kini aku sedang menuju jalanmu..iklaskan aku dalam apa juga rintangan
Semoga aku tidak kesaorangan…semoga engkau selalu bersamaku
Sentiasa memimpin aku,dalam mencari sebuah keagongan cinta abadimu
……SEINDAH JANJI…..

Selasa, 28 Jun 2011

Bahan-bahan ( 2 org )

    * UTK PASTE *
    200 gm udang
    250ml air
    4 ulas bawang putih di ketuk
    6 sb sos tiram
    3 sk kicap pekat
    3 sb kicap manis
    1 sk petis
    2 sb pati ikan bilis / pati udang
    2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
    1 sk gula
    * UTK MEE *
    300 gm kuey teow
    1 sb cili boh
    kerang
    sedikit kucai & taugeh
    2 biji telur

Cara-cara

    UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
    Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
    UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
    Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
    **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Ahad, 26 Jun 2011

SEPI LAGI

Hatiku sepi..
Bagai tada arti
Kosong tiada suara
Tiada nada
Tiada siapa
disisi...
Hanya air mata
rintihan rasa
jadi teman setiaku kini
Engkau pergi entah kapan kembali
Disini aku menanti berteman sepi

Sabtu, 25 Jun 2011

SENYUM SEINDAH SURIA PAGI


Sinaran suria hadir lagi
Memberi senyuman selamat bagi
Untuk kita melayari bahtera kehidupan ini
Dengan penuh ketabahan dihati
Seandainya kita diuji dengan kedukaan
hadapi dengan redhaan..
Sekiranya kecewa bertandang
Hadapi dengan penuh ketenangan
Perjalanan pasti diteruskan
Tabah dan sabar hadapi rintangan
Semuga bahagia akan menjelang
Senyumlah seindah suria
SJ

SENYUM SEINDAH SURIA.


Sinaran suria hadir lagi
Memberi senyuman selamat bagi
Untuk kita melayari bahtera kehidupan ini
Dengan penuh ketabahan dihati

Seandainya kita diuji dengan kedukaan
hadapi dengan redha..
Sekiranya kecewa mendatang
Hadapi dengan tenang

Perjalanan pasti diteruskan
Tabah dan sabar hadapi rintangan
Semuga bahagia akan menjelang
Senyumlah seindah suria
SJ

SENYUM SEINDAH SURIA

Sinaran suria hadir lagi
Memberi senyuman selamat bagi
Untuk kita melayari bahtera kehidupan ini
Dengan penuh keyakinan dihati

Seandainya kita diuji dengan sakit
hadapi dengan redha..
Sekiranya kecewa mendatang
Hadapi dengan tenang

Perjalanan pasti diteruskan
Tabah dan sabar hadapi rintangan
Semuga bahagia akan menjelang
Senyumlah seindah suria
SJ

Rabu, 22 Jun 2011

MDAH BERHELAH

Artist: Ziana Zain
Di dalam sendu yang teramat
Ku lihat senja yang berlabuh
Dan malam yang melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar

Siapa di antara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anggap punca
Biarpun ketara engkau Yang mula...

Bukan sekali kau suarakan
Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah
Manis madah penuh helah
Yang pastinya...
Aku adalah sandaran...
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku...terlebur kini

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
Kau keruhkan warnanya...
Kau keruhkan warnanya...

KEBENCIAN

Kebencian ini
bukan aku sengaja
Aku tak brdaya
untuk menahan rasa

Rasa sakit,rasa marah
Rasa yang membuat
aku membencimu
Aku tak bermaksut
mengikut rasa ini

Namun aku juga tak mampu
Memujuk diri..
Aku hanya insan biasa
tak berdaya mengawal naluri

Andai esok.
.aku tak mampu
tok senyum menatap wajahmu
Maafkan aku
atas semua kebencian ini
SJ

Selasa, 21 Jun 2011

JARAK

Ketika kau jauh
Aku tak dapat menatap
Bagaimana  indah wajahmu
Bagaimana manis senyummu

Bagaimana tingkahmu yang manja
Bagaimana saat kau berlagu
Dan kemesraan tika bersama
Segala bahagia dan derita

Namun aku masih mampu
Melihatmu..dari sudut
pandangan hatiku
yang paling dalam

Segalanya terpahat dalam kenangan
Segar..mekar dijiwa
Tak akan pernah akan terpadam
Walau sedetik jua..

Biar jarak memisah kita
Namun dikau..
sentiasa bernafas
Dijiwaku ini sayang...
SJ

Ahad, 19 Jun 2011

Puisi Damai Abadi – Pak Lah

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Malam Puisi Utusan ke-10 9 Mei 2003 Auditorium DBK

Isnin, 13 Jun 2011

JALAN SEBENAR

Perjalanan..
Melewati berbagai panorama
Warna warni kehidupan
Indah dan memukau

Jangan pernah tertipu
Dengan indah warna bunga
Jangan pernah terpesona..
Pada warna pelangi

Perjalanan..
Biar terkadang keliru
Terkadang tersasar
Terkadang tersilap.
Tapi syukur..kerana
kita berjaya temui jalan yang sebenarnya..
SJ

Ahad, 5 Jun 2011

SAAT HATI TERLUKA

Saat hati terluka
Mengapa sukar
Untuk memaafkan
Bukan membesatkan masalas
Tapi aku insan biasa
Punya hati nurani
Dan harga diri

Saat hati terluka..
Bukan minta dipujuk.
Aku juga tak mampu
memujuk diri
Bukan minta simpati
Bukan..bukan itu
ku pinta...
Aku pohon kau mngerti
Biarkan aku sendiri
membalut luka perih
sj